MINISITE UNTUK WEB JUALAN MUDAH DAN LENGKAP


Minisite adalah salah satu jenis atau konsep laman web yang terdapat di internet.
Minisite atau boleh juga dipanggil sebagai laman web mini yang ringkas, dan kebiasaannya digunakan sebagai web jualan.
Tujuan utama minisite ini digunakan adalah untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan secara fokus.
Selain daripada tujuan menjual, minisite juga digunakan untuk menyalurkan sesuatu maklumat dan mengumpul prospek dengan menawarkan khidmat melanggan maklumat, info atau tips niche tertentu melalui email.
Untuk tujuan ini, biasanya pemilik minisite akan menyediakan borang langganan untuk pengunjung mendaftar nama & alamat emel mereka dan page/laman berkenaan biasanya dikenali sebagai “landing page” atau “squeeze page”.
Dipendekkan cerita, Minisite ini boleh digunakan untuk:
  1. Menjual atau menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan secara fokus.
  2. Mengumpul data/prospek melalui khidmat langganan emel.
Apakah kelebihan atau kekurangan minisite jika dibandingkan dengan laman web jenis shopping cart?
Minisite biasanya digunakan untuk menjual satu produk atau beberapa pakej produk secara fokus, maklumat mengenai produk berkenaan akan diterangkan dengan jelas dan terperinci melalui sales page minisite berkenaan. Cara ini membuatkan pengunjung yang membaca lebih faham, lebih berminat dan tertarik untuk membeli produk atau pakej yang ditawarkan.
Manakala jarang didapati maklumat produk yang lebih terperinci disediakan pada laman web jenis shopping cart. Walaubagaimanapun, jika kita ingin menjual produk yang banyak dan disenaraikan mengikut kategori tertentu adalah lebih baik menggunakan laman web jenis shopping cart berbanding dengan minisite.
Dari segi kos pula, minisite lebih murah jika dibandingkan dengan laman web jenis shopping cart. Begitu juga dari segi maintenance/penyelanggaraan. Memandangkan minisite ini lebih ringkas, jadi penyelenggaraannya adalah lebih mudah berbanding dengan shopping cart.

Ciri-ciri laman(page) dan fungsi minisite.
Tidak seperti jenis laman web lain, Minisite tidak memerlukan banyak page/muka laman. Mengikut trend Internet Markerter di Malaysia, minisite ini biasanya mempunyai sekurang-kurangnya dua-tiga page:
  1. Laman Utama/Sales Page
  2. Borang Tempahan
  3. Laman Download
Terdapat juga minisite yang mempunyai laman tambahan lain contohnya:

  1. Laman Hubungi Kami
  2. Laman Agen Affiliate
  3. Laman Testimoni Pelanggan
  4. Laman Soalan Lazim
  5. Dan lain-lain
Walaubagaimanapun, laman-laman tambahan diatas tidak wajib ada pada satu-satu minisite.
Keterangan lanjut ciri-ciri laman minisite.
1. Laman Utama/Sales Page: Laman Utama ini juga dikenali sebagai Surat Jualan dimana dihalaman inilah pemilik menulis segala maklumat penting mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Surat Jualan ini sangat penting kerana tujuan surat jualan ini adalah untuk menarik perhatian pembaca untuk memahami maklumat yang disediakan dan seterusnya memujuk pembaca untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Antara maklumat yang disediakan di laman Surat Jualan ini adalah seperti:
  1. Pengenalan kepada Produk atau Perkhidmatan
  2. Kelebihan atau Ciri-ciri Produk atau Perkhidmatan
  3. Maklumat atau Kreadibiliti Penjual/Pemilik Minisite
  4. Testimoni Pelanggan
  5. Bonus atau Promosi
  6. Cara membuat pembelian
  7. Borang Langganan Autoresponder/Optin Form
  8. lain-lain maklumat tambahan
2. Borang Tempahan: Apabila pengunjung minisite menekan butang tempahan yang disediakan di laman surat jualan, mereka akan dibawa ke laman Borang Tempahan. Laman Borang tempahan ini adalah laman dimana pembeli perlu membuat pembayaran dan mengisi borang tempahan yang disediakan.
3. Laman Download: Laman Download pula merupakan laman dimana pembeli boleh download produk yang dibeli. Laman ini hanya diperlukan jika pemilik minisite menjual produk digital seperti ebook, perisian, fail-fail grafik seperti banner, template rekabentuk dan lain-lain.
Pemilik minisite yang menjual produk fizikal atau perkhidmatan tidak memerlukan laman download ini.
4. Laman Hubungi Kami: Laman Hubungi Kami ini disediakan untuk memudahkan prospek atau pengunjung membuat pertanyaan atau memberikan maklumbalas kepada pemilik minisite.
Ada pemilik minisite yang sekadar menyediakan alamat syarikat dan no telefon untuk dihubungi, ada juga yang menyediakan borang maklumbalas untuk lebih memudahkan prospek menghubungi terus pemilik minisite.
5. Laman Agen AffiliateRuangan ini pula disediakan oleh pemilik minisite yang ingin mencari agen yang berminat untuk membantu pemilik minisite memasarkan produk yang ditawarkan. Pengunjung yang berminat boleh mendaftar sebagai agen affiliate dan login ke ruangan agen untuk tujuan pemasaran, mendapatkan link affiliate, melihat statistik kunjungan dan sebagainya.
6. Laman Testimoni Pelanggan: Disini, pemilik minisite boleh memaparkan testimoni-testimoni pelanggan yang telah membeli dan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Walaupun testimoni pelanggan telah dimasukkan di laman surat jualan, pemilik web juga boleh menyediakan satu laman khas untuk menyenaraikan kesemua testimoni pelanggan untuk memudahkan prospek atau pengunjung minisite untuk membaca testimoni-testimoni pelanggan. Testimoni ini penting untuk meyakinkan prospek untuk membeli produk atau perkhidmatan serta meningkatkan kreadibiliti penjual/pemilik minisite.
7. Laman Soalan Lazim: Sama juga seperti ruangan Testimoni Pelanggan, walaupun kita boleh menyediakan soalan lazim di laman surat jualan, kita juga boleh menyediakan Laman Khas untuk menyenaraikan semua Soalan Lazim di laman ini untuk kemudahan prospek dan pelanggan kita.
8. Lain-lainAntara lain-lain laman yang juga boleh disediakan dalam minisite adalah seperti:
  • Laman Terma Perkhidmatan
  • Laman Polisi Privasi(Privacy Policy)
  • Laman Status Tempahan
  • dan lain-lain yang dirasakan perlu
Apakah jenis Produk atau Perkhidmatan yang sesuai dijual menggunakan Minisite?
  1. Produk Digital
  2. Produk Fizikal
  3. Perkhidmatan/Bengkel/Seminar
Struktur sesebuah minisite
  1. Header
  2. Headline
  3. Subheadline
  4. Kandungan Video Pengenalan
  5. Informasi/Kreadibiliti Pemilik Minisite
  6. Kandungan Surat Jualan
  7. Kandungan Testimoni Pelanggan
  8. Butang/Gambar Tempahan
  9. Tandatangan(signature) pemilik minisite
  10. Ruangan P.S./P.S.S
  11. Footer
  12. Menu
Struktur/Saluran Jualan(Sales Funnel)
  1. Surat Jualan/Laman Utama
  2. Laman Tawaran Sekali Sahaja/OTO (One Time Offer)
  3. Laman Tawaran Istimewa(Upsell)
Itu sahaja dahulu artikel dari saya untuk kali ini. InshaAllah saya akan tambah, olah & perbaiki lagi artikel mengenai minisite ini dari masa ke semasa mengikut perkembangan semasa & teknologi terkini InshaAllah. Semoga Bermanfaat.


saya mencadangkan anda menggunakan sistem Minisite Mudah kerana ia merupakan sistem yang paling lengkap dan mudah setakat ini. sesuai untuk anda melakukan perniagaan online dan untuk mengembangkan perniagaan anda kerana ia dilengkapi dengan sistem affiliate atau sistem agent
maklumat lanjut mengenai minisite mudah anda boleh layari laman web nya di www.minisitemudah.com  atau  klik sini untuk terus ke halaman ministe mudah.


anda rasa info ini berguna? jangan lupa share dengan klik butang FB dibawah

No comments

Host. Powered by Blogger.